Sunday, August 28, 2011

Sejak-sejak zaman IT makin canggih ni, ada lah dalam tiga tahun dah aku tak dapat kad raya


Ni antara kad raya yang pernah aku dapat and masih aku simpan ah. yang lain, dalam stor kata mak aku


Ni kira bukti ah. nampak tu ada tulisan. kira ni bukan kad raya palsu ah. hoho.

Macam yang kita tau, sejak dah adanya fb, twitter, bbm ni memang kad raya semakin pupus ah. Kalau dulu, setiap tahun konfirm aku dapat kad raya, but since 3 tahun kebelakangan ni memang tak ah. aku pun dah malas nak hantar2 kad raya ni.

Kalau dulu, time sekolah, asal masuk je bulan puasa mula ah mintak alamat kawan satu kelas. semata-mata nak hantar kad raya. pastu siap bangga. balik rumah je, dari depan pagar aku dah sibuk menjerit2 panggil mak aku. punya lah nak tanya ada kad raya sampai tak. kekadang pagi sabtu/ahad aku dah ready depan pintu rumah. tunggu abang posmen. dah macam bercinta dengan posmen je gayanya. muahahha. pastu, berkobar-kobar nak tunggu malam raya sebab nak buat acara gantung kad raya secara berjemaah.

tapi sejak kebelakangan ni, memang tak ah. aku pun tak tahu lah pesal. tapi, kadang-kadang tu teringin jugak ah nak dapat kad raya macam zaman dulu kala. pastu, paling best dekat bahagian bawah sampul kad raya tu, sure aku tulis " Terima kasih abang posmen". muhehe. apa? kalau kau hantar twet, hantar dekat fb tau pon hp, boleh ke kau ucap terima kasih dekat posmen?? tak kan. hoho.

And antara ayat wajib yang akan ada dalam kad raya biasanya;


..salam

(masuk perenggan baru)

@ Hai (nama) apa khabar? hari ni puasa ke?
@ Disini aku nak ucapkan selamat hari raya. (ayat skema, biasa ah. budak2)
@ tahun ni kau raya dekat mana?
@ baju tahun ni warna apa?
@ berapa jenis kuih mak kau buat?
@ nanti datang lah rumah aku kalau nak duit raya.
@ nanti bila aku free, aku pulak datang rumah kau
@ di kesempatan ni aku nak mintak maaf.
@ halalkan makan minum aku
@ 0-0 eh

Tiap kali raya, memang tu je ah pertanyaan depa dekat aku.tapi aku tak bosan pun. aku okay je. tapi sekarang ni, memang takde dah lah. selalunya depa dok wish dekat twitter, fb, tak pun dekat hp. tapi kalau dekat hp, memang haram ah aku nak reply. sebab time tu memang line busy. tak kuasa aku nak reply banyak2 kali. <-- okay ni ayat orang kedekut kredit. kehkeh

apa-apa pun, selamat hari raya. maaf zahir batin yaw! :)


No comments: