Saturday, September 24, 2011

Harga hantaran kahwin terkini. ehem-ehem, kepada bakal suami. sila lah baca. kehkeh. majlis dah dekat ni haa

hai ohhsemm sekalian.

sure kau orang pernah baca pasal isu harga hantaran kahwin terkini kan. pastu ramai pulak yang komplain bagai. menurut aku, berpatutan lah tu. nak-nak sekarang ni harga barang pun dah naik. habis kalau dah harga hantaran nya setakat RM 3000 dan ke bawah memang tak payah mimpi nak buat majlis ah. buat aje mihun goreng, pastu panggil satu kampung makan. pastu kalau ada orang kampung komplen kau cakap le aku tengah berjimat ni ha. kau mampuu??

UPSR/PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000

tapi takde lah sampai sebegini tinggi. kalau mak bapak dah tetapkan harga sampai rm 15 000 dan ke atas, memang tak kahwin lah kan. karang bila maksiat dah berleluasa mulalah nak salahkan anak-anak. habis dah mak bapak letak harga hantaran bukan main demand lagi.

kahwin itu wajib, tapi jangan le sampai menyusahkan mana-mana pihak. nanti karang bila dah kahwin mula lah si suami mengungkit. "aku bagi hantaran kemain mahal. sampai 20k. sekali masak telur pun hangit, bilik tidor tak pandai kemas, rumah macam tongkang pecah"!


Rasanya tak salah kalau aku cakap, ada yang tak kahwin sampai sekarang sebab isu wang hantaran. Tu tak cerita lagi bab barang hantaran, mintak pulak barang kemas serba satu. Lelaki pun dah takut nak masuk meminang.

Memang lah kahwin sekali je. Mesti lah kauorang nak havoc kan? Tapi berpada-pada lah. Ikut lah kemampuan. kalau dah bakal laki kau tokeh minyak takpe. boleh lah kau demand bagai. perkahwinan itu suatu benda yang suci. jangan lah di sukarkan andai ianya boleh di senangkan.

Sekadar renungan hasil copy paste dari dari sini;

Mak Cik : "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye.. ".

Mat : "Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat "..

... Mak Cik : "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap ".

Mat : "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 20ribu.. 200ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus dan pernah rebore.. TUihh!!.. Anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan!


kepada incikk bakal suami, saya tak demand. harga hantaran masih berpatutan. sila hantar rombongan sebelum saya yang pergi meminang. kehkeh.

sekian...

No comments: