Thursday, September 1, 2011

Hari raya pergi lah raya yang kau orang sibuk update blog ni kenapa? Aku memang syok sendiri sebab tu lah aku update blog. kehkeh



Yeay! Mempersembahkan wajah aku di pagi raya! Maaf. sebab pagi raya semua orang busy. takde sapa nak layan aku tangkap gambar. so, terpaksa lah aku tangkap sendiri. Yang penting merah mak ngah di pagi raya. kau hadoo? muahehehe.

Raya tahun ni biasa-biasa je buat aku. Takde yang best and takde yang tak best. senang kata, yang sedang-sedang saja. Macam biasa ah, pagi-pagi dah bangun. then solat subuh. pastu aku mandi then pakai baju sume. Aku masuk dapur, masak time. pagi-pagi buta badan dah belengas sebab masak nasik kerabu nak bagi kau orang mencekik. tapi aku masak dengan penuh kasih sayang ah. Baru ah mertua sayang. hoho.

Pastu mula lah part tacing sampai ke tangkal hati. Sesi mintak ampun dan maaf. bajet kosong-kosong ah. kejap lagi karang mula lah gaduh tak hengat. muahaha. dah namanya manusia. nak-nak time setan nirrojin dah terlepas. cepat je panas darah.

Kiranya seharian suntuk aku duduk rumah je. Buat air je keje nya. lepas ni agak2 nak bukak kedai, gajikan lah aku jadi tukang buat air ye. hoho.

Duit raya? nak cerita pasal duit raya, memang sedih ah. sebab satu sen pun aku tak dapat dari jiran-jiran mahupun kazen-kazen. katanya sebab aku dah besar. besar godang pulak tu. kuwang asam betol lah depa ni. nasib baik pak cik-pak cik aku baik. dapat jugak ah aku merasa barang seratus dua. muahehe.

petang karang aku rasa macam nak buat misi kedua. ngeh2. rumah sapa lah aku nak serbu eh. wajib buat muka seposen. untung-untung depa kesian dekat aku. hoho. misi membeli ipad semakin hampir! yeay..

akhir kata, salam merdeka raya buat kalian. jemput lah datang kerumah. :)

1 comment:

HARITH ISKANDAR said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dan Salam Kemerdekaan :)