Tuesday, September 6, 2011

Keluh kesah kak esah bahagian dua. Kadang-kadang rasa macam nak set up kelab janda-janda sepi. Tak pun kelab single sampai mati



Hai uolsss. Kabare? Hari ni mood aku di tahap yang biasa-biasa je. Sujud syukur kejap sebab hari ni tak semalang semalam. Tapi hari ni aku ada masalah malas mandi. kalau kau orang nak tau ni lah sign and symptom aku nak datang bulan. kehkeh. aku kalau nak datang bulan memang jadi pemalas yang teramat. sampai makan pon sambil tidur. punya lah malas. apo lah. kalau embah aku nampak memang kena sekeh lah jawabnya.

Tadi masa aku bukak fesbuk tetiba nampak si gilo bergembira dengan awek barunya. cehh. bajet bahagia letteww. woi. tak baik menunjuk-nunjuk. embah aku cakap berdosa doe!

Tapi aku terusik jugak ah sebab memikirkan masalah yang sentiasa bertandang. Entah ler. aku cuma tak nak buat orang rasa susah sebab aku.

Tapi aku suka pada ayat ni, kira jadi motivasi untuk diri sendiri ah.

Aku meminta pada tuhan setangkai bunga indah, di berinya kaktus berduri. Aku memintanya kupu-kupu, diberinya ulat bulu. Aku sedih dan kecewa.


Namun, kemudian kaktus itu berbunga indah sekali. Ulat bulu itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. itulah jalan Allah. indah pada masanya.


Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi memberi apa yang kita perlukan. Kadang-kala kita sedih, kecewa dan terluka tetapi jauh di atas segalanya, dia sedang mengatur yang terbaik untuk hidup kita.

Begitu jugak pertemuan. Seandainya di takdir kan kita berpisah dengan orang yang mula kita cintai. So tak payah lah nak menagis bagai. sebab dah tentu-tentu lah orang tu bukan yang terbaik untuk kita.

Okayy! aku rase tak keterlaluan sangat kalau aku cakap begini :

aku terasa macam aku takda sesiapa dah dalam dunia ni ( tolak keluarga )
kemana pergi semuanya? salah aku kah kerana ketiadaan mereka disisi aku lagi kini?

salah aku kah kerana berterusan menjadi sebegini?
aku kah yang tak mahu memperbaiki ?

atau kau kau dan kau yang tak mahu selidiki masalah sendiri?
tak mengapa, aku sedang belajar menghadapi segalanya seorang diri.

mungkin di masa hadapan semua nya akan bergerak sendiri.
seorang diri dan berdikari.

aku yakin mereka semua ada hal yang lebih penting dari aku yang remeh ni.
tak mengapa.

kadang-kadang aku rasa macam nak set up kelab baru. kelab janda-janda sepi. tak pun kelab single sampai mati. Aku bukan lah seorang yang complicated. tapi keadaan yang memaksa aku menjadi complicated. so, nak atau tak terpaksa lah aku follow the flow.

Kepada lelaki, terima kasih kerana menjadi kan aku membenci kalian. kehkeh. Wanita untuk di sayangi. bukan untuk di sakiti.

"Jealousy is the evil twin of admiration"

2 comments:

mizmarmalade said...

nak join the club skali boley x? ehek! ^_^

Yuyun Ahmad said...

eh. sila-sila.