Sunday, September 4, 2011

Kenapa manusia ni suka mengumpat? Hoi hari raya orang sibuk anyam ketupat tapi kau sibuk ajak anak-anak kau mengumpat!



Hari ni mood aku tak berapa baik. Nak-nak lepas kena maki dengan angsa jiran sebelah. tapi percaya lah. bukan salah aku. mana lah aku tau yang angsa tu duduk belakang pintu jamban. lepas berak memang dah jadi kebiasaan aku untuk terajang pintu jamban tu. sebab pintu tu ketat. kalau main tolak pakai tangan alamatnya sampai esok ah aku bermusafir dalam jamban tu. Keluar-keluar angsa kejar nak patuk aku. siap mulut dia potpet-potpet dalam bahasa yang aku sendiri tak faham. giloo apo?

belum habis panas hati tiba-tiba kazen aku ajak aku bergosip. katanya ada cerita hot. tah apa lah yang hotnya aku pun tak tahu. Habis dia bercerita terus aku tumbuk dinding. kau percaya? okey. aku tipu. kehkeh.

Tapi bukan apalah kan. entah kenapa lah manusia ni suka mengumpat? kadang-kadang aku pelik jugak, kenapa perangai sesetengah manusia ni macam ketiak. pantang salah sikit. pastu mulalah nak mengumpat. kalau yang mengumpat tu baya-baya aku atau pun baya budak-budak tadika aku tak heran sangat. ni yang mengumpat tu umurnya mencecah 60 tahun. eyh. mak cik. tahu tak mengumpat tu berdosa. ustaz saya yang kata!

dulu masa zaman jahil aku, time aku tak pakai tudung korang anak beranak lah yang paling kpochi sekali. cakap macam-macam. pastu sekarang, bila aku dah pakai tudung pun korang anak beranak tak habis-habis mengumpat aku. apa masalah korang eh? mak cik, kau sedar tak yang anak-anak kau tu lagi hampeh dari aku. tu dekat fesbuk depa tu. dok letak gambar berkemban di pagi raya. patutnya mak cik doakan lah aku ni. yang mak cik lagi jadi api loncatan tu kenapa? marah betul rasanya.

ye lah. aku ni gajah. besar godang. tu yang mak cik nampak tu. anak-anak mak cik tu semua semut. halus je. buat salah depan mata pun memang mak cik buta. rabun. tu pasal tak nampak. mak cik, hari raya ni patutnya mak cik mintak maaf dekat aku. tapi aku pulak yang mintak maaf dekat mak cik. lepas tu, mak cik siap sindir-sindir aku. cakap aku anak dara yang paling tak laku dekat kampung ni. takpe mak cik. aku tak kisah. sebab aku yakin jodoh tu di tangan tuhan. terima kasih lah kepada mak cik sebab selalu mengumpat aku. aku doakan mak cik dapat hidayah yang besar dari allah.

Nota kaki : Hari ni gua tak cool. air mata masih loading. berkira-kira nak keluar ke tak. tapi hati gua sentap tahap gorila. gua rasa macam nak lari balik kolumpor sekarang jugak. sobsob.

5 comments:

hanna.dotter said...

ko ngan angsa bukn xjauh sgt ke beza?takkan ta paham.kahkahkahkah..
camat ari rayer hoi.

Bell said...

mmg sifat manusia mcm tu..kita yg dah sedar nie...jauhkan daripada berbuat yg demikian.cool yer yuyun.hehe

Yuyun Ahmad said...

@ Hanna : kehkeh. jauh memang tak jauh ah. tapi aku lawo sikit rasanya. kohkoh!

@ Bell : terima kasih kawan. terharuu ahh. sob sob

mizmarmalade said...

adat manusia kot bab2 ngumpat-mengumpat neh.. hehe ~ sabar yer, biaq p kat depa... jgn amek port sgt eyh.. chill dear ^_*

Yuyun Ahmad said...

Mizmarmalade : terima kasih!