Sunday, March 25, 2012

Bila takdir mengatasi tadbir


Bila kita lahir dekat dunia ni, kita tak tahu pun takdir kita. apa yang kita tahu, dekat mana kita di lahirkan. tu pun sebab dah tertulis dalam surat beranak. even kita sendiri tak tahu bila kita mati, macam mana kita mati, dengan siapa kita bercinta dan siapa jodoh kita. tu semua kerja Allah S.W.T. semuanya telah di susun atur oleh Allah S.W.T

kadang-kadang tak semua yang di rencanakan oleh kita diizinkan oleh Allah. Dan selalunya pada fikiran kita, rencana kita dah tersusun cantik. tapi hakikatnya rencana yang disusun atur oleh Allah lebih cantik dan tepat daripada apa yang kita jangka.

macam tu juga lah apa yang telah di aturkan oleh Allah buat aku dan juga Encik fiance. siapa sangka yang aku dah pun jadi tunang orang. begitu juga sebaliknya. dulu masa mula-mula kenal, memang aku sombong tahap diva. jual mahal bagai.

selalu juga Encik fiance ni call aku, tapi selalunya aku bagi kawan-kawan aku yang cakap dengan dia. terbaikk kan perangai aku time tu. kehkeh. lama juga ah benda tu berlarutan. dua tahun juga ah. then lama lepas tu Encik fiance pun menghilang. merajuk agaknya. kehkeh.

tapi, aku tak pernah salahkan takdir. sebab takdir tu yang aku pilih sendiri. Allah telah mengurniakan aku seorang lelaki yang terbaik, tapi aku yang menolak. maka takdir mengatasi tadbir. tapi tu lah. kata orang, kalau dah jodoh tak ke mana kan. Finally bulan ogos 2011, aku and encik fiance contact balik. then 19 september 2011, kitaorang declare untuk couple. alhamdullillah, semuanya berjalan lancar dan ternyata kebahagiaan tu milik kami. dengan restu family, 17 march 2012 aku pun selamat bergelar tunang kepada Encik fiance. and insyaallah, may 2012, kitaorang bakal diijab kabulkan.

subahanallah. kuasa Allah. aku yang selalu meminta dan banyak meminta. rupanya Allah telah memberi lebih daripada yang aku minta, sebelum aku memintanya. semoga Allah permudahkan segala urusan kami. Amin!

2 comments:

Atiah Zainal said...

Ya Allah, bestnyaa. Menghitung hari je lah ni kan.

Ni yg tak sbar nak kahwin ni. Tahniah yuyu.. Semoga berkekalan sampai syurga. Insya Allah.

cik najihah said...

takdir Allah..
semua yang mustahil x mungkin x kan terjadi :)