Monday, June 11, 2012

Redha itu rahsia ketenangan. Edisi muhasabah diri

Perumpamaan yang sering aku gunakan, hidup ni ibarat sebuah pengembaraan yang panjang, di mana destinasinya tidak kita ketahui. Sebelum memulakan perjalanan yang jauh, kita hendaklah melengkapi diri dengan segala kelengkapan yang perlu, merancang perjalanan sebaik yang mungkin dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal tiba. Prepared for the best and expected for the worst. Kita cuma pelakon di pentas kehidupan, segala yang berlaku dan akan berlaku semuanya sudah di tentukan olehNya.

Percaya kepada qada' dan qadar adalah salah satu rukun pelengkap keimanan seseorang muslim. Tapi, Allah tidak membiarkan kita terkontang kanting atau sebatang kara dalam meneruskan kehidupan. Allah sentiasa ada dan setia bersama kita, mendengar luahan dan rintihan kita.

Takde apa yang dapat mengubah takdir dan nasib kita umat manusia melainkan melalui usaha dan doa. jadi, dalam melakukan walau apa jua tindakan dan keputusan, jangan sekali-kali abaikan usaha dan doa, setelah sempurna keduanya kemudian bertawakkallah. Percaya dan yakin kepada Allah, tiap apa yang berlaku tiada yang sia-sia dan pasti ada hikmah yg tersembunyi.

Ada masanya dalam perjalanan ni, kita bertemu di satu persimpangan yang sukar. Di mana kita tidak tahu membuat keputusan yang terbaik. Nak ke kanan atau ke kiri. Kita menjadi keliru. Di kiri kanan jalan yang menanti, kedua-duanya kabur dan tidak di ketahui bagaimana penamatnya. Kita serba salah. Ada masanya dalam kehidupan ini kita berhadapan dengan situasi yang rumit.

jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan satu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Sebab tu lah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada yang tukar pasangan macam tukar baju.

Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, tetap bukan milik kita. Kita tak mampu pun nak mengawalnya. Cuma Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta.

Alhamdullillah akhirnya aku menemui apa yang aku cari. semoga Allah mencurahkan rahmat ke atas diri aku dan juga hubby. Amin!


.. semoga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya ..

No comments: