Wednesday, July 25, 2012

Doa untuk mendapatkan zuriat. Insyaallah, ada jalan


Alhamdullillah, hari ni dah masuk ramadhan yang ke lima. terima kasih Allah kerana masih mengizinkan aku untk terus hidup. syukur. Mulanya aku ingat aku berpeluang untuk berpuasa penuh tahun ni. sebab dalam dua minggu sebelum ramadhan tu aku dah dapat sign and symptom pregyy. and alhamdullillah, aku dah lewat period seminggu. sebab sepatutnya aku di jangka period pada 19hb. apa lagi memang happy lahkan. dah namanya semua pasangan yang berkahwin tu mahukan zuriat. tapi sekali lagi aku di duga bila 23hb, aku telah dikunjungi "sahabat baik".

memang rasa kecewa sangat-sangat. nak-nak bila tengok muka encik suami. memang lah dia cool and tak kisah. katanya boleh cuba lagi. sebab kitaorang pun baru dua bulan bergelar suami isteri. and masih awal lagi. tapi aku tetap risau. mugkin tu lah fitrah wanita. hihi. lepas tu aku pun mula lah search dekat pak cik google berkaitan doa untuk mendapatkan zuriat. and adalah dua tiga potong doa yang aku nak kongsikan dekat sini.

1. Doa Nabi Zakaria a.s :(Surah Al Anbiyaa: Ayat 89)



Maksudnya:

Dan (Sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada TuhanNya dengan berkata; Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (Dengan tidak meninggalkan zuriat) dan engkaulah jua sebaik-baik mewarisi. (Surah Al-Anbiya: Ayat 89



Maksudnya:

Ketika itu Nabi Zakariya berdo'a kepada TuhanNya, katanya: "Wahai Tuhanku Kurnialah kepadaku dari sisiMu keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do'a permohonan."

Keterangan ayat:

Al-Imam al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah memberikan Mariam a.s. buah-buahan pada bukan musimnya.

Maka baginda meyakini bahawa Allah berkuasa mengurniakan anak kepadanya. Tambahan pula baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun.

Khasiat dan kaifiat beramal:

Melihat ayat ini secara positif dan berbaik sangka dengan Allah SWT, digalakkan pasangan yang belum beroleh zuriat agar berdoa dengannya. Juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah Allah yang hebat itu.

Perbanyakkan makan buah berikut:-
1) Badam (almond) 5 Biji tiap hari.
2) Buah Delima
3) Buah Zaitun
4) Buah Kurma
5) Jauhkan dan elakkan makan benda-benda masam, nenas, minuman bergas serta makanan yang berasid seperti jeruk buah-buahan, Kurangkan makanan seafood. Banyak makan sayur dan buahan. Suami perlu banyak makan daging, ayam. Elakkan minum air kelapa.

Masa Berjimak

Sabda Rasullah s. a. w. "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a. s"

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta - minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, sunglap dan menghendaki dunia daripada akhirat.

Cara berjimak yang dituntut.

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian allah s. w. t

2. Pada malam Selasa. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkanya (turun bala ) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg bijaksana dikalangan yg bijaksana atau org alim dikalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari ditengah langit. Jika Allah mengurniakan anak yang tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s. w. t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya.

Semuga beroleh zuriat yang baik dan soleh yang akan membahagiakan pasangan suami isteri dan dirahmati Allah SWT.

kepada pasangan yang sedang berusaha, untuk mendapatkan zuriat bersama-samalah kita mengamalkan doa tersebut setiap kali selepas solat. insyaallah mudah-mudahan Allah s.w.t mengurniakan zuriat buat saya dan juga anda .

sekian.


“Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah dibanding doa”. (Riwayat Tirmidzi)

"orang yang terlalu cepat putus asa, adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"

4 comments:

rabiatuls said...

saya minta izin print yer

rabiatuls said...

sy mnta izin print yer..moga di dalam rahmat Allah..

fullmark87 said...

Saya mencari2 jugak asal hadis (yang masa berjimak tu) nih. Saya khuatiri ianya hadis palsu. berkata khuatir sebab tak dapat membeli kitab yg menyebut ianya hadis palsu iaitu:

"Hadis ini disebutkan oleh Ibn al-Jauzi dalam kitab beliau kumpulan hadis maudhu’ (palsu); juga dihukumkan sebagai hadis maudhu’ (palsu) oleh Asy-Syaukani dalam kitab Al-Fawaid Al-Majmu’ah dan juga oleh Al-Albani dalam Silsilah hadis lemah dan Palsu.

Kesimpulannnya hadis ini PALSU.

Hadis ini disebutkan dengan sanadnya dalam kitab “Al-Amali” atau “Al-Majlis” karya : Abu Ja’far Muhammad bin Ali bin Husain bin Babawaih (w. 381 H) dan dikubur di Ray di Iran. Beliau termasuk ulama Syiah."

Sekadar berkongsi.

Sheila Insight said...

Salam...sy nk kongsi gak yer...