Thursday, January 3, 2013

Hey its new year


Salam.

 Alhamdullillah. Terima kasih Allah kerana masih mengizinkan aku bernafas di muka bumi ini. well hari ni dah masuk hari ketiga untuk tahun 2013.

 Bila sebut pasal tahun baru macam-macam azam yang keluar dari kotak fikiran. soalnya, azam lama dah terlaksana ke belum. adakah azam tersebut sudah terkapai-kapai seumpama tapai kenduri kawin?

 kalau dah tahun baru haruslah azam nya baru dengan harapan azam lama dah terlaksana. jangan pulak renew azam lama.

 Alhamdullillah, azam aku tahun lepas dah pun terlaksana. Hasrat hati nak menamatkan zaman bujang dah pun termakbul dengan izin Allah, 26hb MEI 2012 dengan sekali lafaz aku telah pun selamat bergelar isteri kepada Encik suami. Lepas tu azam nak lulus Peperiksaan Lembaga Jururawat pun dah terlaksana.

 Alhamdullillah. Syukur sangat-sangat. So azam tahun baru ni, aku harap aku dapat bekerja sebagai seorang jururawat terlatih. Mengaplikasikan apa yang aku dah belajar selama tiga tahun ni. Insyaallah dengan izin Allah.

Urm.. Cepatnya masa berlalu. bertambah lagi setahun.. Bumi kata pergi, kubur kata mari kalau dah tiba masanya, kita akan dijemputNYA. Cuma mampu berdoa dan berharap agar Allah memanjangkan lagi usia ini. Amin.

No comments: