Tuesday, February 19, 2013

28 Januari 2013. Abah meninggalkan kami buat selama-lamanya.



Assalammualaikum to all.

Selepas beberapa ketika, baru hari ini aku berkesempatan untuk mengupdate my latest status. Anak yatim. Yeah. aku baru je kehilangan abah aku. Allah. hanya tuhan je yang tahu betapa terkejutnya aku and family bila terima call dari balai polis yang mengatakan abah telah pun disahkan meninggal pada pukul 8.30 @ 28hb januari 2013.

terkilan sangat sebab abah meninggal dekat tempat kerja, bukan di samping kami sekeluarga. memang kitaorang sedia maklum yang abah menghidap sakit jantung. tapi masih di peringkat awal. and kesihatan abah pun okay je. but tu lah, mungkin masanya telah tiba. 

Yang paling tak disangka, abah pengsan je, so kawan-kawan tak expect yang abah dah meninggal. tapi bila dorang kejutkan tengok abah tak bangun-bangun then dorang terus buat report. and terus di sahkan meninggal. sebagai anak, yea. aku sangat-sangat terkilan sebab aku baru je habis belajar and tak sempat pun nak balas jasa arwah abah sepenuhnya. tapi sebagai hamba Allah, aku redha.

Ya Allah kau kuatkan lah hati kami sekeluarga untuk tabah lagi redha menerima perpisahan ini. Ya Allah, engkau tempatkan lah arwah abah di kalangan orang-orang yang beriman. engkau cucurkan lah rahmat ke atas rohnya.  Amin.


Gambar hari raya pertama emak and arwah abah. tahun ni tiada lagi gambar bersama. potret keluarga pun tak sempat di rakamkan. tabahlah duhai hati.


Emak and arwah abah. Ya Allah, engkau tabahkan lah hati ibuku untuk menempuh segala dugaan yang mendatang.


Gambar aku masa kecil and arwah abah. Kakak sayang abah!


Ya Allah kuatkan hati kami. :(

1 comment:

Nor Suhaiza said...

sabar k..setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepada pencipta.Kita ni hanya pinjaman sahaja.semoga arwah abah adik ditemptkan di kalangan mereka yang soleh dan berimana...aminn..