Friday, May 30, 2014

Doa dan Amalan untuk mendapatkan zuriat, Insyaallah

Assalammualaikum..

Alhamdullillah masih di beri kesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah ini. syukur. Lately banyak insan-insan di sekeliling aku yang mengeluh tentang ketidak hadiran rezeki yang paling berharga iaitu zuriat. Semua orang kalau kahwin mesti nak zuriat kan. Ialah zuriat tu kan penyambung kasih. Tapi tak semestinya takde zuriat kasih sayang suami isteri akan terputuskan.

Dalam dunia ni tak semua Manusia bernasib baik, maksudnya bukan semua orang kahwin je terus boleh mengandungkan. Ada yang kena tungu bertahun- tahun ada jugak yang sampai akhir hayat masih takde rezeki nak ada zuriat sendiri. Wallahualam.

sebelum ni aku ada kongsi doa sebagai iktiar untuk mendapatkan zuriat dalam entry ni, and hari ni aku rasa nak share lagi beberapa petua yang diberikan oleh ustazah siti nur bahiyah. Boleh lah kita sama-sama beriktiar. Mudahan ada rezeki. Insyaallah.

Amalan pertama;
lepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali - Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)   - Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
 **Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
Amalan kedua;
-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
 Amalan ketiga;
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
 **Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.
 Aku pun amalkan doa ni sebelum ni. Alhamdullillah, diizinkan Allah untuk aku rasa nikmat mengandung dan melahirkan Amanah-Nya. Syukur! Ternyata indah sungguh perjalanan mengandungkan zuriat sendiri. perasaan nya luar biasa. Semoga kalian juga memperoleh peluang ini. Insyaallah. Do the best and Allah do the rest.

1 comment:

Nurul Nadia said...

Salam awak.. nk tanya yg sujud selama 15 hari... buat berturut-turut ke?