Wednesday, June 18, 2014

Bila Upt Positif Lagi

Assalammualaikum..

Syukur alhamdullillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah ini. Tahun ni rasa cepat betul masa berlalukan. Tak lama lagi dah nak masuk bulan puasa. Then raya. Then merdeka. Dan tahun seterusnya aku bakal berbaby kecil lagi. hehe. Alhamdullillah. Rezeki, satu lagi mujahid bakal di lahirkan. syukur alhamdullillah. Fayaaz Arshaq pun dah sembilan bulan. apa salahnya kalau dapat adik lagikan.

Aku just nak share dengan uolss berita gembira ni. hehe. walaupun ni merupakan bayi kedua kami, tapi rasa excited tu tetap sama macam mula-mula dapat tahu yang aku mengandungkan Fayaaz Arshaq dulu. Actually, aku memang tak ambil perancang keluarga even nurse kat klinik dok bising soh aku ambil. lagipun suami aku tak suka aku ambil, so aku just follow the flow lah kan. hehe. Ala, kalau dah rezeki, rancang cam mana pun lekat jugak. Pernah dulu masa aku kerja dekat ward Obsetrik, ada patient yang pakai iucd still pregnant. sampai bleeding teruk sebab benda tu dok cucuk kantung baby. so aku tak rasa pencegah kehamilan ni 100% safe kan.

Sekarang aku dah pregnant 6 minggu, so progress Diet Atkins aku terpaksa di hentikan buat seketika lah. tapi time rajin aku still akan update menu low carbo hokeyy. sebab pregnant kali ni aku nak amalkan eat clean. sebab aku taknak bertambah gemukkk. Mengandung bukan alasan untuk mentekedarah sesedap rasa yer.

Aku tau aku pregnant pun semalam. sebelum tu memang aku dah delay period seminggu. so pagi-pagi aku dah test upt,tapi macam biasalah. naik satu line je. kecewa jugak lah sebab aku dah berharap sebenarnya. hihi. punya kecewa aku buang upt dalam tong sampah and plan nak sambung tidur lepas subuh. tapi tah kenapa naluri keibuaan tu lain macam. so lepas solat subuh aku pergi ambil balik upt tu and guess what, upt tu dah naik double line. tapi line memang samar gila ah. 


Tapi aku tetap yakin aku pregnant sebab kalau aku tak pregnant aku takkan delay period and kalau aku tak pregnant memang takkan naik pun double line tak kira lah samar ke hape. Insyaallah naluri ibu ni selalunya kuat dan tepatkan. hehe. insyaallah weekend ni aku g klinik untuk scan. and please doakan kesihatan dan keselamatan aku bersama mujahid kecil ni. :)

Ada jugak kawan kawan yang mintak tips prengnant dari aku, so kalau korang nak tau aku just amalkan folid acid je. and bila aku rasa nak second baby ni aku start doa pada Allah supaya aku di beri peluang kedua untuk melahirkan lagi seorang mujahid kecil. and aku pernah share doa dan amalan untuk mendapatkan zuriat dekat entry nientry ini. dan jugak entry ni. Kalau rajin boleh lah baca and amalkan bersama. mudahan ada pula rezeki buat kalian.

1 comment:

Ika Chenta said...

waaaa... bestnyee...tahniahhh... :)

blogwalking sini.. :)