Friday, June 6, 2014

Fenomena Diet Atkins

Assalammualaikum..

Hari ni aku nak share satu rahsia kurus tanpa perlu berlapar juga tanpa perlu berhabis duit nak beli produck memahal. Bila cerita bab diet ni, tak semua mampu buat sebab tak dapat nak control diri memasing daripada lawan nafsu serakah yang membuak-buak tu kan. Kalau kat malaysia ni kita biasanya terkenal dengan diet Low Fat kan. But sangat berbeza dengan diet yang aku nak share hari ni. Diet yang aku maksudkan ialah, diet atkins. Diet ni diet Low Carbo, Moderate Protein and Moderate Fat. Tak percaya? Ohh, sila lah percaya ye. Sebab aku pun dah insaf, asyik mentekedarah je, and badan pun membesar bagai juara. So aku, dah join diet atkins ni seminggu and totally lost 5 kg per week! tolong percaya hokeyy. So, aku yakin nak teruskan jugak diet atkins ni. Semoga terus istiqomah hendaknya.;) wish me luck yaa.

Tujuan diet Atkin ni, untuk pastikan badan kita bakar lemak, bukannya glukosa. Dari segi sains, badan gunakan glukosa sebagai bahan api sebelum lemak. So kalau kita hadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan mula habis dalam masa 48 jam (2 hari). Lepas 48 jam, yang dibakar oleh badan kita sebagai tenaga adalah lemak semata-mata. so dengan cara nilah kita hilang lemak and badan jadi selim melim!

Boleh makan and tak boleh makan untuk minggu induction:




Tapi takde lah selama- lamanya kita ni dok makan karbohidrate 20 gram je sehari. And takdelah selama- lamanya kita tak boleh makan buah, nasi, tepung and segala bagai, Sebab diet atkin ni kan ada empat fasa. Dah sampai fasa keempat boleh lah makan semua tu tapi dalam kuantiti terkawal lah. Kalau tak sampai kesudah ah reinduction je.

1)Induction ( permulaan dan pengenalan ) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan - (Had Carbo 20 gram sehari)
2)Ongoing Weight Loss ( penyusutan berat berterusan ) - ( Tambah jumlah karbohidrate kepada 5 gram - 10 gram dari fasa induction )
3)Pre-maintenance - (try buat pre maintenance sebulan, sampai dapat berat ideal, sambil top up jumlah carbo 5 gram - 10 gram dari fasa kedua)
4)Lifetime Maintenance - ( Tambah 50 gram- 90 gram carbo sehari )

Tapi takde lah diet semata kan, kena lah workout sama. pastu makesure minum air secukup rasa. 1 liter= 25kg. Kalau berat 100kg so silalah minum 4 liter.

And baru-baru ni aku ada terbaca kat blog Cikepal. Orang dok kata dia diet atkins and cik epal kata die tak percaya diet atkins, dia lebih suka balance diet, takpelah kan. Pilihan di tangan masing-masing tapi aku rasa dia cakap macam tu sebab dia tak faham kot apa tu atkins diet.

So korang jangan lah decide sebelum study pasal diet atkins ni okay? Tapi takde lah plak aku nak lahar si epal tu. Just my 20 cent lah bak kata orang jawa. sebab dalam diet atkin ni kita still makan sayur, ambik protein and minum air satu tangki. plus kita still kena workout. And dalam diet ni kita ambil lemak sebab kita nak burn sama lemak tu. lagipun bukan selama-lamanya kita tak makan buah atau minum susu kan. Diet atkin ada empat fasa hokeyy. cuma time induction je kena strict. Masuk fasa dua, dah boleh ambil buah beri and yogurt. :)

So, sesiapa nak ikut diet ni, silakan lah. And boleh lah join Group Kelab Diet Atkins  dekat Facebook.

2 comments:

Puteri Adelene Syazwina said...

Tumpang tanya,bagaimana nk start DA fasa 2? saya tak tahu bagaimana nk mulakan fasa 2 & tak tau apa yg perlu dimakan pada fasa 2 ini.Fasa 1 telah pun saya lepas.tq

Nur Amalina said...

Atkins dah ramai pengikut dah..yang Berjaya pun dah rmai..