Thursday, October 23, 2014

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi

Macam yang aku bagitahu before, now aku tengah pregnant anak kedua. yeay! Alhamdullillah dah masuk 6 Bulan. Pregnant kali ni aku kerap kena morning sickness which is tak kira masa. sesuka hati je dia datang. masa mengandungkan fayaaz dulu tak delah seteruk ni. Bab makan pulak aku memang tak boleh makan ayam. totally out melainkan ayam kfc. hewhew.  and this time aku agak kuat makan asam. tak kira jenis. asalkan namanya asam aku bedal je.

Baru-baru ni dekat facebook and kelab ibu hamil jadi pulak viral jeruk mangga asam boi. kau gila. kita ni dah lah tengah pregnant confirm-confirm pantang tengok. haha. tapi dorang jual mahal. pastu sikit cenonet je. aku ni dah lah kedekut memang tak lah kan nak beli benda cenonet tu dengan harga yang mahal-mahal.


Bila dah google resepi and baca resepi aku rasa benda ni senang je, so aku rasa nak buat sendiri. malam tu jugak ajak laki aku pergi chowkit cari mangga muda. beli dalam dua kilo sahaja. Punya lah gelojoh, sampai je rumah terus kupas kulit mangga and potong-potong.alahai potong sesedap rasa je.


tadaaa.. dapat lah semangkuk besar. makan time sejuk-sejuk lagi yummy. hewhew. happy tummy iolss! ;D so sesiapa yang mengidam tu buat je sendiri. senang sangat.

p/s: ohh yeee, aku takde stok asam boi bijik-bijik. aku tabur asam boi serbuk je. sedap jugak!

No comments: