Monday, February 23, 2015

Lahirnya adik Fayaaz ke dunia. Alhamdullillah

Alhamdullillah..

syukur kepada Allah S.W.T aku dah pun selamat melahirkan bayi kedua pada 1hb februari 2015. yeay! sekarang tengah menjalani proses berpantang yang tak berapa nak pantang lah. huhu. Syukur semuanya selamat dan berjalan lancar. Fayaaz dah upgrade jadi abang long. yeay! aku pun otomatik upgrade jadi ibu beranak dua. hewhew. syukur. sebab Allah terlalu baik dengan aku. Baik sangat. Allah bagi aku jodoh awal. pastu bagi pulak anak-anak yang comel dan sempurna. Kalau orang lain tu nak dapat anak susah sangat. tapi aku, cepat je dapat. tak sampai tiga tahun kawin, aku dah ada dua orang anak. Anugerah terindah yang Allah kurniakan. syukur.

oh yaa, berbalik pada kelahiran baby kedua aku, kali ni pun aku kena induce jugak. sebab malam 31hb january tu aku rasa baby kurang gerak. Aku ni memang cepat cuak lagi-lagi banyak terbaca kes baby mati dalam perut sebab maknya tak alert baby dalam perut cukup gerakan atau tak. so lepas maghrib aku terus ajak laki aku gi sepital. memandangkan takde orang boleh tolong jagakan fayaaz, dengan fayaaz sekali kiteorang angkut gi sepital. bila dah sampai tu adalah isi borang semua then lewat gak, dalam kol 9 malam baru aku dapat buat CTG, so legaaa gila bilaaku still dengar jantung baby. rasa nak nagis je masa tu. huhu. aku pon non stop senyum sampai telinga uolss. haha. then dah siap CTG tunggu docter nak check plak. Docter panggil and scan perut tengok baby semua terus docter cakap okay malam ni awak masuk ward besok kita paksa beranak. haha. ko rasa?? aku baru berangan nak mentekedarah di hujung-hujung waktu ni. last-last docter dah plan nak induce. memula memang aku taknak tapi, bila fikirkan nyawa si kecil yang ada dalam rahim aku, terus aku setuju. yeay.

Aku buat muka sedih bagitahu kat suami aku, dia pun terkejut terus malam tu jugak aku soh adik aku datang untuk tolong jagakan fayaaz. yealah nanti suami aku sure busy nak ulang alik tengok aku dekat sepital.

And 1hb february tu, pukul 8 pagi aku dah kena induce. pukul 8.15 am aku dah start rasa sakit. seriously.. sakit gila. padahal masa fayaaz dulu pun aku kena induce tapi takdelah rasa sakit macam ni. aku dah start tak boleh makan padahal aku dah suruh adik aku masakkan mee goreng pedas kaw kaw untuk aku breakfast. sedihkan. Nanti pantang mana boleh makan mee. sobsob. masa lunch pun aku tak boleh makan. suami aku siap belikan coolblog untuk aku, tapi memang aku tak boleh telan pape sebab rasa sakit tahap dewa punya time tu. masa fayaaz lagi 10 minit nak beranak aku siap boleh makan nasi goreng kampung. sampai nurse siap gelakkan aku, yealah time tu aku dah bukak 8 cm tapi boleh plak makan minum lagi.

Dalam pukul 3.15 petang aku memang rasa nak berak je. aku panggil nurse soh check jalan, nurse boleh plak cakap tunggu docter round. aku memang dah macam hulk je time tu. dok mengerang kesakitan. suami aku kat sebelah muka cuak je. tiba-tiba mak guard datang halau suami aku. die cakap masa melawat dah habis. lagi aku angin. memang kena carut sedasss. terukk kan aku. nak buat macam mana, emosi di luar kawalan. huhu. soryy yea mak guard. aku suruh suami aku tunggu dekat labour room je sebab aku rasa jap lagi sure aku kena tolak gi labour room.

Dalam pukul 3.40 petang docter datang and check jalan,terus docter soh nurse siap-siapkan aku sebab jalan dah buka 7 cm. legaa aku rasa sebab jap lagi sure hilang sakit-sakit ni semua. hehe. sampai labour room docter pecahkan air ketuban and time tu jugak aku rasa nak berak. aku jerit je cakap nak berak, nurse pun check jalan tengok dah 10 cm. gila tak gelabah. aku tak boleh tunggu dah, sekali push je keluar lah si kecil molek aku ni haa. syukur. suami aku masuk je baby dah lahir. hehe. kesian dia tak sempat tengok. hehe.

so, 1hb febuari 2015, jam 3.53 petang lahirlah anak dara aku yang kecil molek. Alhamdullillah. so lets meet my little princess yang di beri nama, YARA NUR DHIA IRDINA :) semoga membesar jadi anak yang seolehah, berjasa pada kedua orang tua, sihat sentiasa dan berjaya dunia akhirat, Amin.




No comments: