Tuesday, January 10, 2017

Resepi Rendang Ayam Kampung simple

Assalammualaikum.

Hari ni aku nak share resepi rendang ayam kampung paling simple versi aku. hihi. cepat, mudah dan yang paling penting of course lah sedap menjilat jari. gituuuu :)




Bahan Bahan: (Maaf gambar bahan bahan lupa snap. Ampunn!)

  • Ayam kampung seekor potong 8 (ikut size yang korang suka)
  • Santan Kotak 500 ml
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Lada hijau dan merah kecil segenggam
  • Kerisik
  • Bunga lawang
  • Kayu manis
  • Daun Limau purut
  • Garam dan gul secukup rasa

Cara-cara:





  • Bersihkan ayam, kemudian tos kan
  • Kupas dan bersihkan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, serai dah lada hijau merah
  • Blendkan bahan bahan yang dah di bersihkan dengan sedikit air.
  • Masukkan ayam dalam periuk (aku masak guna rice coocker. mudah pastu jimat gas. cepat pun ye)
  • Masukkan bunga lawang dan kayu manis
  • Masukkan sebatang serai yang di ketuk, pastu just curah je bahan bahan yang di blend tadi.
  • Terus on plug dan masakkan ayam dengan air ayam tu berserta bahan blend. Jangan tambah air. sebab ayam tu dah berair. lagi pulak bahan blend kita pun dah ada air sikit.
  • Bila dah mengelegak, masukkan santan dan kerisik
  • Kemudian masukkan daun limau purut dua tiga helai
  • Perasakan dengan garam dan gula
  • Agak agak dah mengelegak mayang kan daun limau purut dan tunggu lah sampai kering pastu angkat le.

Lepas tu, selamat menjamu selera. yeay. Mudah kan? apa lagi, try lah resepi kita :)

1 comment:

Anonymous said...

sedap!